SINOPSIS
Tak mudah untuk seorang lelaki lembut bernama Alias a.k.a Ally jatuh cinta. Lebih mengecewakan lagi apabila cinta pertamanya sudah dimiliki oleh lelaki lain. Disebabkan kecewa, Alias nekad membawa diri.
Berbeza pula dengan Atilia yang dapat hidup bersama cinta pertamanya. Mereka bercinta sejak di sekolah dan akhirnya bergelar suami isteri.
Namun kebahagiaan Atilia tidak lama apabila dia kehilangan suami buat selamanya di saat sarat mengandung. Lebih teruk lagi apabila dia dituduh melakukan perkara terkutuk oleh keluarga mentua.
“Kau tengok ni! Mereka jumpa benda ni dalam kereta anak aku! Selama ni aku tak sangka kau sanggup bomohkan Nuar. Perempuan jenis apa kau ni?”- Puan Rubi
Di saat dia hilang tempat berlindung, Alias muncul menjadi perisai di dalam hidup Atilia.
“Sekali lagi kau sentuh dia, tapak tangan aku yang gebu ni hinggap dekat muka kau. Nak lawan sangat kan. Marilah!”- Alias
Sejak detik itu, Alias sentiasa berada di sisi Atilia. Namun siapa sangka pertemuan kali ini membuatkan hati keduanya terikat. Atilia cuba mengelak tetapi disebabkan satu tujuan, dia menerima lamaran Alias.
“Kalau kahwin dengan kau boleh tutup mulut orang kampung, aku sanggup dipergunakan.” -Alias
Adakah mereka bahagia walaupun tanpa rasa cinta? Dan benarkan Atilia hanya mahu mempergunakan Alias?
Buy Now